Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sal]/[ber.a.sal] | براصل

Definisi : 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.sal]/[ber.a.sal] | براصل

Definisi : 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berasal

Puisi
 

Paku ini paku landai,
     Paku berasal dari Jawa;
Barang bini habis digadai,
     Pinjam pula barang mentua.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Suak,
     sungai satu air.

Bermaksud :

Sepupu yang berasal daripada satu keturunan. suak = teluk kecil.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bahan semula jadinatural materialBahan yang berasal daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan tanah serta wujud secara semula jadi di alam. Contohnya, arang batu dan petroleum.Sekolah Rendah
sebatian tak organikinorganic compoundSebatian yang berasal dari bahan bukan hidup.Menengah Atas
batustoneBenda bukan logam yang keras dan padat, yang berasal dari bumi.Sekolah Rendah
bendalir tisutissue fluidCecair luar sel yang terdapat dalam ruang antara sel dan mengandungi bahan-bahan yang berasal dari plasma darah kecuali eritrosit dan molekul protein plasma yang bersaiz besar.Menengah Atas
struktur beranaloganalogous structureStruktur yang merujuk kepada persamaan dari aspek fungsi dan rupa bentuk, bukan dari sumber asalnya. Contohnya, persamaan struktur dan fungsi kepak serangga dengan kepak burung. Kedua-duanya mempunyai struktur dan fungsi yang sama tetapi berasal dari dua kumpulan haiwan yang berbeza.Menengah Atas

Kembali ke atas