Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1 bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2 berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3 timbul atau datang kembali (bkn penyakit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbalik

Puisi
 

Daun mempelas berbalik-balik,
     Orang berdagang di pintu kota;
Tidaklah belas melihat adik,
     Duduklah berendam si air mata.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Hujan berbalik ke langit.

Bermaksud :

Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tindak balas berbalikreversible reactionProses penukaran hasil tindak balas kepada bahan tindak balas semula.Menengah Atas
pertumbuhangrowthProses pertumbuhan berbalik yang melibatkan pertumbuhan sel akibat pertambahan bilangan sel dan tisu secara pembahagian sel atau akibat pembesaran saiz sel yang sedia ada.Menengah Atas
asmaasthmaPenyakit gangguan paru-paru yang dicirikan oleh pernafasan yang pendek dan menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. Asma berpunca daripada alahan.Menengah Rendah

Kembali ke atas