Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.nga] | بربوڠا

Definisi : 1. mempunyai (mengeluarkan) bunga: pokok durian sudah mulai ~; 2. = berbunga-bunga berhias dgn gambar atau lukisan bunga: kain hitam ~ merah; 3. = berbunga-bunga mengandungi (terhias dgn) kata-kata yg indah: bahasanya ~; 4. ki berhias (disertai) dgn: wajahnya ~ senyuman yg manis; 5. mendapat (menghasilkan, mengenakan) bunga atau bayaran faedah: pinjaman yg tidak ~; 6. (sudah) menampakkan tanda (akan terjadi, akan berhasil, dll): segala usaha dan jerih kita sudah ~; 7. ada bunganya (bkn tayar): keempat-empat tayarnya masih ~; 8. bertanda corak timbul (yg dibuat dgn mesin): getah asap ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.nga] | بربوڠا

Definisi : 1 ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2 = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3 mendapat bunga atau faedah: Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4 menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbunga

Puisi
 

Tanamlah bunga tidak berbunga,
     Tanam ke darat berbunga jua;
Di dalam dunia tidak bersama,
     Di dalam akhirat bersama jua.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah,
     dia tidak.

Bermaksud :

Mengandung tetapi selalu keguguran.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tumbuhan berbungaflowering plantTumbuhan yang menghasilkan bunga. Contohnya, pokok bunga kertas. Lihat RajahMenengah Rendah
tumbuhan berbungaflowering plantTumbuhan yang mengeluarkan bunga. Contohnya, pokok bunga kertas. Lihat RajahSekolah Rendah
tumbuhan tak berbunganon-flowering plantTumbuhan yang tidak menghasilkan bunga atau biji. Tumbuhan ini biasanya mengeluarkan spora. Contohnya, pokok paku pakis. Lihat RajahMenengah Rendah
tumbuhan tak berbunganon-flowering plantTumbuhan yang tidak menghasilkan bunga. Contohnya, pokok puding. Lihat RajahSekolah Rendah
angiospermaangiospermKumpulan tumbuhan berbunga, iaitu salah satu daripada dua subdivisi Spermatophyta (tumbuhan berbiji), mempunyai ovul yang terlindung di dalam ovari dan dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu monokotiledon dan dikotiledon.Menengah Atas
bungaflowerOrgan pembiakan pada tumbuhan berbunga. Organ ini terdiri daripada sepal, petal, stamen dan pistil untuk tujuan pembiakan.Menengah Rendah
stamenstamenBahagian pembiakan jantan pada tumbuhan berbunga. Bahagian ini terdiri daripada anter dan filamen.Menengah Rendah
karpelcarpelOrgan pembiakan betina pada tumbuhan berbunga yang terdiri daripada ovari dan stigma yang bersambung melalui stil. Lihat RajahMenengah Rendah
kulatfungusTumbuh-tumbuhan yang tidak berdaun, tidak berbunga dan tidak mempunyai klorofil. Kulat tumbuh pada tumbuh-tumbuhan lain atau pada objek yang telah reput. Lihat RajahSekolah Rendah
kutikelcuticleLapisan berlilin yang meliputi batang dan daun tumbuhan berbunga. Kutikel berfungsi sebagai pelindung agar tumbuh-tumbuhan tidak kehilangan air secara melampau semasa proses transpirasi.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas