atom | atom | Zarah terkecil bagi sesuatu unsur. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron. Nukleus pula dikelilingi oleh elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
atom | atom | Zarah terkecil bagi unsur, yang tidak boleh dibelah bahagi. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron, dan nukleus pula dikelilingi elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. Lihat Rajah | Menengah Atas |
nyahcas | discharge | Peneutralan cas, sama ada secara penyingkiran elektron bagi ion bercas positif atau secara penerimaan elektron bagi ion bercas negatif dalam sel elektrolisis. | Menengah Atas |
kilat | lightning | Nyahcas elektrik dalam bentuk percikan cahaya yang terang di antara dua awan yang bercas atau di antara awan yang bercas dengan bumi. Contohnya, kilat terjadi apabila awan membina cas negatif yang besar pada bahagian bawahnya. | Menengah Rendah |
kation | cation | Ion bercas positif yang bergerak ke arah katod dalam elektrolisis. | Menengah Atas |
proton | proton | Zarah subatom bercas positif yang membentuk nukleus atom. | Menengah Rendah |
anion | anion | Ion yang bercas negatif apabila satu atom menerima elektron. | Menengah Atas |
elektron | electron | Zarah subatom yang bercas negatif, terletak di luar nukleus. | Menengah Atas |
angin suria | solar wind | Aliran zarah bercas yang bergerak keluar dari matahari yang bergerak dengan kelajuan antara 400 km/s hingga 500 km/s. | Menengah Rendah |