benda hidup | living thing | Benda yang boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. | Sekolah Rendah |
benda bukan hidup | non-living thing | Benda yang tidak boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, kertas dan pensel. | Sekolah Rendah |
voltmeter | voltmeter | Alat untuk mengukur voltan. Terdapat dua jenis voltmeter, iaitu voltmeter gegelung bergerak dan voltmeter besi bergerak. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
ammeter | ammeter | Alat untuk menyukat arus elektrik. Dua jenis ammeter yang biasa digunakan ialah ammeter gegelung bergerak dan ammeter besi bergerak. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
daya | force | Tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang memberi kesan. Daya membolehkan sesuatu objek bergerak, bertambah laju, berhenti bergerak, berubah bentuk dan bertukar arah. | Sekolah Rendah |
bergerak | move | Beralih dari satu tempat ke tempat yang lain. | Sekolah Rendah |
angin suria | solar wind | Aliran zarah bercas yang bergerak keluar dari matahari yang bergerak dengan kelajuan antara 400 km/s hingga 500 km/s. | Menengah Rendah |
proses hidup | life process | Proses yang dilakukan oleh benda hidup seperti bernafas, bergerak, membesar, membiak, berkumuh dan bergerak balas terhadap rangsangan. | Sekolah Rendah |
tenaga kinetik | kinetic energy | Tenaga yang terdapat di dalam objek yang sedang bergerak. Contohnya, tenaga pada kereta mainan yang sedang bergerak. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pemboleh ubah bergerak balas | responding variable | Pemboleh ubah yang dipengaruhi oleh pemboleh ubah dimanipulasikan. | Menengah Rendah |