pemboleh ubah bergerak balas | responding variable | Pemboleh ubah yang dipengaruhi oleh pemboleh ubah dimanipulasikan. | Menengah Rendah |
pemboleh ubah bergerak balas | responding variable | Pemboleh ubah yang nilainya berubah mengikut perubahan pemboleh ubah dimanipulasikan. | Menengah Atas |
kepekaan | sensitivity | Tahap keupayaan organisma bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan seperti cahaya, air dan daya graviti. Kepekaan juga digunakan dalam pengukuran. | Menengah Rendah |
benda hidup | living thing | Benda yang boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. | Sekolah Rendah |
reseptor sejuk | cold receptor | Sel saraf dalam kulit yang bergerak balas terhadap rasa sejuk. | Menengah Rendah |
benda bukan hidup | non-living thing | Benda yang tidak boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, kertas dan pensel. | Sekolah Rendah |
pemboleh ubah dimanipulasikan | manipulated variable | Pemboleh ubah yang nilainya diubah untuk melihat kesan ke atas pemboleh ubah bergerak balas. | Menengah Atas |
pemboleh ubah dimanipulasikan | manipulated variable | Pemboleh ubah yang boleh diubah suai secara sistematik supaya kesan terhadap pemboleh ubah bergerak balas dapat diperhatikan. | Menengah Rendah |
proses hidup | life process | Proses yang dilakukan oleh benda hidup seperti bernafas, bergerak, membesar, membiak, berkumuh dan bergerak balas terhadap rangsangan. | Sekolah Rendah |
substrat | substrate | 1. Bahan yang bertindak balas terhadap enzim atau mangkin. 2. Bahan makanan atau sokongan kepada tumbuhan atau haiwan yang kurang bergerak. | Menengah Atas |