Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gu.na] | برݢونا

Definisi : berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat: tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya; hidup pun tidak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gu.na] | برݢونا

Definisi : ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berguna

Puisi
 

Sayang tidak berguna lagi,
     Hujan lebat arus berduri;
Saya tidak kempunan lagi,
     Sudah dicapai di hujung jari.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Laksana antah lemukut (= melukut),
     lapar sangat baru berguna.

Bermaksud :

Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi kalau sudah kekurangan akan berguna juga.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pertanianagricultureProses menghasilkan tumbuhan dan haiwan yang berguna kepada manusia. Proses ini melibatkan penanaman, pembiakbakaan serta pengurusan tanaman dan ternakan.Menengah Rendah
produk pertanianagriculture productHasil yang diperoleh daripada tumbuhan dan haiwan yang berguna kepada manusia.Menengah Rendah

Kembali ke atas