Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kem.bang] | برکمبڠ

Definisi : 1. kembang (terbuka atau ter­bentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kem.bang] | برکمبڠ

Definisi : 1 terbuka atau terbentnag: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2 tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka,
Berantonim dengan kuncup

2. Dalam konteks masakan
bersinonim dengan muai, bangkit, naik,
Berantonim dengan batat

Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan,

Puisi
 

Ini lagu serampang laut,
     Pulau Tamu jauh sepadan;
Layar berkembang kemudi dipaut,
     Tidak laju celaka badan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti kaduk kena air tahi.

Bermaksud :

Berkembang biak dan lama hidup.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
plumulplumulePucuk baharu yang berkembang dari embrio tumbuhan yang terdapat di dalam biji benih dan seterusnya menjadi daun.Menengah Rendah
sulursuckerPucuk baru yang berkembang dari bahagian pangkal atau akar pokok. Contohnya, sulur pada pokok pegaga. Lihat RajahSekolah Rendah
sporasporeSel pembiakan yang berkembang menjadi individu tanpa pensenyawaan dengan sel pembiakan bagi tumbuh-tumbuhan. Contohnya, paku pakis dan cendawan. Lihat RajahMenengah Atas
uterusuterusTempat embrio atau fetus berkembang dalam organ pembiakan wanita.Menengah Rendah
uterusuterusTempat embrio atau fetus berkembang.Menengah Atas
ovulovuleBahagian pembiakan betina tumbuhan yang mengandungi ovum dan berkembang menjadi biji benih selepas persenyawaan berlaku.Menengah Rendah
mesodermamesodermLapisan yang terletak di antara ektoderma dan endoderma gastrula yang berkembang menjadi bahagian seperti otot dan organ pembiakan.Menengah Atas
radikelradicleBahagian pertama anak benih yang tumbuh semasa proses percambahan dan akan berkembang menjadi akar.Menengah Rendah
persenyawaanfertilizationProses penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot yang seterusnya berkembang menjadi individu yang baharu.Menengah Rendah
organismaorganismSesuatu hidupan yang mempunyai struktur yang teratur dan menjalani proses kehidupan seperti menghasilkan keturunan, berkembang dan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Contohnya, haiwan dan tumbuhan.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas