pembiakbakaan kacuk | cross-breeding | Proses membiakkan baka tumbuhan atau haiwan yang berlainan spesies bagi menghasilkan anak yang mempunyai ciri genetik yang berlainan. Contohnya, selembu. | Menengah Rendah |
komuniti | community | Kumpulan tumbuhan dan haiwan yang berlainan spesies yang tinggal dalam habitat yang sama dan hidup saling bergantung antara satu sama lain. | Menengah Rendah |
simbiosis | symbiosis | Interaksi antara dua atau lebih organisma yang berlainan spesies, yang hidup bersama-sama. Simbiosis terbahagi kepada tiga, iaitu komensalisme, mutualisme dan parasitisme. | Menengah Rendah |
penyulingan berperingkat | fractional distillation | Proses mengasingkan petroleum kepada pecahan yang berlainan melalui pendidihan dan kondensasi. | Menengah Rendah |
simbiosis | symbiosis | Perkaitan hidup di antara dua lebih organisma yang berlainan spesies istilah ini merujuk perkaitan yang memanfaatkan kedua-dua spesies tersebut. | Menengah Atas |
taburan | distribution | Organisma hidup dalam kuantiti yang berbeza di bahagian yang berlainan dalam kawasan tertentu. | Menengah Atas |
heterozigot | heterozygous | Satu sel diploid atau organisma yang mengandungi dua alel yang berlainan bagi sesuatu gen. | Menengah Atas |
organ | organ | Bahagian atau struktur sesuatu organisma yang terdiri daripada beberapa jenis tisu yang berlainan yang melakukan sesuatu fungsi khusus. Contohnya, hati, jantung, dan mata bagi haiwan manakala daun, bunga, serta buah bagi tumbuhan. | Menengah Atas |
kejuruteraan genetik | genetic engineering | Teknik atau proses memanipulasikan DNA, atau RNA daripada spesies yang berlainan secara uji kaji, untuk menghasilkan DNA rekombinan yang mengandungi gen daripada kedua-dua spesies yang berkenaan. | Menengah Atas |
isomer | isomers | Sebatian organik yang mempunyai formula molekul yang sama, tetapi formula struktur yang berlainan. | Menengah Atas |