gutasi | guttation | Proses kehilangan air yang berlebihan melalui liang hidatod dalam betuk titisan air. Proses ini biasanya berlaku dalam keadaan kelembapan udara yang tinggi pada waktu malam. | Menengah Atas |
batu karang | kidney stone | Hablur sisa buangan berlebihan seperti asid urik, kalsium dan magnesium yang terkumpul dalam buah pinggang dan seterusnya berkembang menjadi batu dan menghalang aliran air kencing. | Menengah Atas |
malnutrisi | malnutrition | Ketakseimbangan nutrisi, sama ada dari segi kuantiti berlebihan atau berkurangan atau nisbah yang tidak mencukupi untuk tempoh masa yang panjang. | Menengah Atas |
penyalahgunaan dadah | drug abuse | Penggunaan dadah selain daripada tujuan rawatan, dengan jumlah yang berlebihan. | Menengah Atas |
sindrom fetal alkohol | foetal alcohol syndrome | Kecacatan kelahiran yang disebabkan oleh pengambilan alkohol yang berlebihan semasa mengandung. | Menengah Atas |
hidatod | hydathode | Liang seni pada pinggir atau hujung dalam epidermis daun tumbuh-tumbuhan yang menyingkirkan air berlebihan. | Menengah Atas |
litar pintas | short circuit | Sambungan rintangan rendah yang melintasi sumber voltan. Litar ini menghasilkan aliran arus yang berlebihan yang boleh menyebabkan kerosakan. | Menengah Rendah |
haba pembakaran | heat of combustion | Haba yang dibebaskan apabila satu mol bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan. | Menengah Atas |
air kencing | urine | Cecair yang dikumuhkan oleh ginjal dan terkumpul di dalam pundi kencing. Cecair ini mengandungi air yang berlebihan, garam dan bahan buangan bernitrogen seperti urea. | Menengah Rendah |
sinar ultraungu | ultraviolet ray | Sinaran gelombang elektromagnet yang berjulat antara 10 nm — 400 nm dengan frekuensinya lebih besar, dan jarak gelombangnya lebih kecil daripada cahaya boleh nampak. Dedahan sinar ultraungu yang berlebihan boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu dikenali juga sebagai sinar ultralembayung. | Menengah Rendah |