Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.du] | برڤادو

Definisi : 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, ber­mesyuarat, berunding, memadankan (menye­suaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.du] | برڤادو

Definisi : 1 bercampur menjadi satu; menjadi sebati benar: Zat besi mudah ~ dgn oksigen. 2 bergabung dlm satu pasukan atau kesatuan: Seluruh rakyat Malaysia ~ menentang penjajahan. 3 bercampur dgn; bergaul: Suka dan duka ~ mengharukan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
oksihemoglobinoxyhaemoglobinSebatian yang terbentuk apabila oksigen berpadu dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Sebatian ini berwarna merah cerah.Menengah Rendah
hematithaematiteSebatian semula jadi yang terdiri daripada besi yang berpadu dengan oksigen. Hematit berwarna merah kehitam-hitaman.Menengah Rendah
molekulmoleculeSuatu zarah neutral yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih atom yang berpadu secara kimia.Menengah Atas

Kembali ke atas