litar bersiri | series circuit | Litar yang semua bahagiannya disambung dari hujung ke hujung untuk membenarkan satu laluan sahaja bagi aliran arus elektrik. | Menengah Rendah |
litar bersiri | series circuit | Litar yang menyambungkan dua atau lebih komponen secara sederet dari hujung ke hujung. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bateri | battery | Dua atau lebih sel yang disusun secara bersiri atau selari untuk menghasilkan daya gerak elektrik. | Menengah Rendah |
bateri | battery | Dua atau lebih sel yang disusun secara bersiri atau selari untuk menghasilkan daya gerak elektrik. Ia dikenali juga sebagai sel kering. | Menengah Atas |
rintangan berkesan | effective resistance | Rintangan yang dihasilkan daripada gabungan beberapa perintang yang disambung secara bersiri atau selari. | Menengah Atas |
fius | fuse | Peranti yang terdiri daripada wayar logam yang mempunyai takat lebur yang rendah dan dipasang secara bersiri dalam litar. Fius berfungsi untuk melindungi alat elektrik supaya tidak rosak. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
akumulator | accumulator | Alat yang dapat menyimpan tenaga elektrik, yang terdiri daripada satu atau lebih sel yang tersusun secara bersiri. Contohnya, bateri kereta. | Menengah Rendah |
akumulator | accumulator | Alat yang dapat menyimpan tenaga elektrik, yang terdiri daripada satu atau lebih sel yang tersusun secara bersiri. Akumulator dapat dicaskan semula. Contohnya, akumulator asid plumbum yang digunakan sebagai bateri kereta. | Menengah Atas |