Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ten.ta.ngan] | برتنتڠن

Definisi : 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, ke­dudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. ber­lawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Lain teringat lain disebut;
     bertukar angguk dengan ilallah.

Bermaksud :

Perbuatan yang bertentangan dengan perkataan. ilallah = hujung kalimat lailahailallah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
timureastArah matahari terbit dan arah yang bertentangan dengan arah barat pada kompas.Sekolah Rendah
baratwestArah matahari terbenam atau arah yang bertentangan dengan arah timur pada kompas. Lihat RajahSekolah Rendah
meregangkanstretchMenarik dua bahagian objek dalam arah yang bertentangan supaya tegang atau longgar. Lihat RajahSekolah Rendah
daya geseranfrictional forceDaya yang bertindak di antara dua permukaan yang bersentuhan. Daya ini bertindak dalam arah yang bertentangan.Menengah Rendah
gentian gelendongspindle fibreRangkaian gentian yang terbentuk semasa peringkat profasa. Sesetengah mikrotubul melekat pada sentromer kromosom dan memisahkan kromosom ke kutub yang bertentangan semasa anafasa.Menengah Atas
injapvalveSebarang struktur yang membenarkan aliran bendalir dalam satu arah sahaja dan berkebolehan menutup tiub atau saluran bagi mengelakkan aliran bendalir bergerak ke arah bertentangan.Menengah Rendah
kamera lubang jarumpin hole cameraKamera yang terdiri daripada sebuah kotak yang mempunyai satu lubang halus. Cahaya dari objek memasuki kotak melalui lubang tersebut lalu membentuk imej songsang pada dinding kotak yang bertentangan dengan lubang itu. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas