kitar air | water cycle | Pergerakan air yang berterusan antara atmosfera, daratan dan lautan. Penyejatan air dari permukaan bumi membentuk wap air, yang akan terkondensasi membentuk awan dan kembali ke permukaan bumi dalam bentuk hujan atau salji. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kitar air | water cycle | Pergerakan air yang berterusan daripada permukaan bumi ke udara dan balik semula ke permukaan bumi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
getaran | vibration | Perubahan gerakan ulang-alik yang berterusan dari satu titik rujukan. Contohnya, ayunan bandul dan tala bunyi. | Menengah Atas |
bulatan | circle | Bentuk satah yang dilingkungi oleh garis yang berterusan dan mempunyai jarak yang sama dari titik tengah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pergerakan Brown | Brownian movement | Pergerakan secara rawak yang berlaku secara berterusan kerana zarah-zarah bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Gerakan Brown tidak terhad kepada pergerakan zarah gas sahaja tetapi juga berlaku pada cecair. | Menengah Rendah |
buasir | haemorrhoids | Keadaan apabila rangkaian vena di dubur mengembang akibat tekanan tinggi yang berterusan pada vena rektum. | Menengah Atas |
kitar oksigen | oxygen cycle | Kitaran yang melibatkan pengambilan, penggunaan dan pengembalian oksigen dalam atmosfera secara berterusan. | Menengah Rendah |
kitar karbon | carbon cycle | Kitaran yang melibatkan pengambilan, penggunaan dan pengembalian karbon dalam atmosfera secara berterusan. | Menengah Rendah |
proses metabolisme | metabolic process | Perubahan kimia dan fizikal yang berlaku dalam badan dan membolehkan pertumbuhan badan yang berterusan. | Menengah Atas |