Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.la] | بيلا

Definisi : 1. kata yg digunakan utk menanyakan waktu (masa, ketika) mana: ~ awak hendak ke Kuala Lumpur?; barang ~ sebarang masa; 2. pd masa apa: kalau begini, sampai ~ pun nasib pak tani tidak akan berubah; bila-bila = ~ masa pd sebarang masa (waktu, ketika): ~ saja hari akan hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.la] | بيلا

Definisi : kata tanya utk menanyakan waktu yg mana; ketika yg mana: ~kah kamu akan berangkat? bila-bila sebarang masa; masa atau waktu yg tidak ditentukan: ~ pun kita boleh pergi makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bila

Puisi
 

Cik Atak duduk tersenyum,
     Bila-bila nampak tunangnya;
Buah masak terlalu ranum,
     Tentu hilang manis rasanya.


Lihat selanjutnya...(77)
Peribahasa

Bila kucing tidak bergigi,
     tikus berani melompat tinggi.

Bermaksud :

Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kalsiumcalciumUnsur logam yang lembut berwarna kelabu yang menghasilkan garam bila bertindakbalas dengan asid. Unsur ini juga penting dalam diet manusia. Kekurangannya memberi kesan negatif kepada pembentukan tulang dan gigi. Formula Ca.Menengah Rendah

Kembali ke atas