bintang raksasa | giant star | Bintang yang mempunyai saiz yang besar berbanding saiz biasa. Contohnya, saiz garis pusat bintang raksasa ialah kira-kira sepuluh kali atau lebih daripada saiz garis pusat matahari yang dianggarkan 1.4 juta km. | Menengah Rendah |
Matahari | Sun | Bintang yang berbentuk sfera besar yang mengandungi gas-gas terutamanya hidrogen dan helium. Matahari mempunyai garis pusat 1.39 × 106 kilometer dan dikelilingi oleh semua planet dalam sistem suria. Jarak minimum Matahari dari Bumi ialah kira-kira 1.49 × 108 kilometer. | Menengah Rendah |
bintang | star | Jasad cakerawala yang panas dan bercahaya serta menjana tenaga haba. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
buruj | constellation | Gugusan bintang yang membentuk corak di langit. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
Belantik | Orion | Sekumpulan bintang yang kedudukannya membentuk imej seperti pemburu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
Pari | Southern Cross | Kumpulan bintang yang terletak berdekatan dan kedudukannya membentuk imej pari. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
Biduk | Big Dipper | Kumpulan bintang yang terletak berdekatan dan kedudukannya membentuk imej biduk, iaitu sebuah gayung dan tangkainya. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
buruj | constellation | Sekumpulan bintang yang terletak berdekatan dan kedudukannya menyerupai bentuk-bentuk tertentu di cakerawala. Contohnya, buruj Biduk, buruj Belantik dan buruj Pari. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
galaksi | galaxy | Himpunan berbilion-bilion bintang, planet, debu dan gas di dalam semesta. Galaksi terdapat dalam bentuk pilin, elips atau tidak seragam. Sistem suria terdapat dalam galaksi Bima Sakti. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
genus | genus | Kategori taksonomi yang terdiri daripada spesies yang mempunyai beberapa ciri yang serupa. Contohnya, harimau bintang (Panthera pardus) dan harimau belang (Panthera tigris) daripada genus yang sama tetapi spesies yang berlainan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |