tuas kelas kedua | second class lever | Tuas yang bebannya terletak di antara fulkrum dengan daya. Contohnya, kereta sorong dan pembuka tudung botol. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
tenaga kinetik | kinetic energy | Tenaga yang terdapat di dalam objek yang sedang bergerak. Contohnya, tenaga pada kereta mainan yang sedang bergerak. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
asid sulfurik | sulphuric acid | Asid yang tidak berwarna, sangat mengakis dan larut dalam air. Asid ini digunakan dalam akumulator kereta, dan untuk membuat baja, bahan letupan, pewarna dan bahan pencuci. Formula H2SO4. | Menengah Rendah |
meranti | shorea | Pokok berkayu keras dan tahan lama sifatnya. Meranti biasanya digunakan sebagai bahan untuk membuat bangunan, landasan rel kereta api dan tiang elektrik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
akumulator | accumulator | Alat yang dapat menyimpan tenaga elektrik, yang terdiri daripada satu atau lebih sel yang tersusun secara bersiri. Contohnya, bateri kereta. | Menengah Rendah |
akumulator | accumulator | Sejenis sel kimia yang boleh dicas semula. Akumulator terdiri daripada kepingan plumbum yang dicelup ke dalam larutan asid sulfurik cair. Contohnya, bateri kereta. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
arus terus (a.t) | direct current (d.c.) | Arus elektrik yang mengalir dalam arah sehala dan dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti sel kering dan akumulator kereta. | Menengah Rendah |
akumulator | accumulator | Alat yang dapat menyimpan tenaga elektrik, yang terdiri daripada satu atau lebih sel yang tersusun secara bersiri. Akumulator dapat dicaskan semula. Contohnya, akumulator asid plumbum yang digunakan sebagai bateri kereta. | Menengah Atas |