Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.rah] | چره

Definisi : ; ~ muntah Kl penyakit taun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.rah] | چره

Definisi : 1 tidak gelap atau tidak kelam; terang (bkn hari, bulan, lampu dll): Hari sudah ~. 2 dpt dilihat menerusinya (ttg kaca); jernih: kaca ~. 3 tidak hitam (ttg warna kulit); agak putih: Orangnya tinggi lampai serta berkulit ~. 4 berseri; tidak muram (ttg paras muka): Wajahnya kelihatan ~ setelah memakan ubat itu. 5 ki senang dan aman (ttg kehidupan seseorang); bahagia: Sejak harga getah naik, kehidupan mereka bertambah ~. mencerahkan menjadikan cerah. ke­cerahan keadaan cerah; kejernihan. pencerahan perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. pencerah sesuatu (bahan) yg mencerahkan kulit dsb: losen ~ kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerah

Puisi
 

Bulan cerah bersinar benar,
     Cahayanya cerah sampai ke pintu;
Cuba cubit abang nak kenal,
     Lainkah tidak dari dahulu?


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
nyalaan suriasolar flareLedakan cahaya yang sangat cerah pada permukaan matahari dan biasanya kelihatan berhampiran dengan tompok matahari yang besar dan tidak sekata yang disebabkan oleh ledakan gas hidrogen yang berlaku beberapa minit hingga sejam atau lebih sedikit.Menengah Rendah
fasa-fasa bulanphases of the moonPeringkat bentuk bahagian bulan yang cerah, yang dapat dilihat dari bumi. Lihat RajahSekolah Rendah
oksihemoglobinoxyhaemoglobinSebatian yang terbentuk apabila oksigen berpadu dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Sebatian ini berwarna merah cerah.Menengah Rendah
fotosferaphotosphereLapisan terendah atmosfera matahari yang mempunyai purata suhu kira-kira 6000 Kelvin. Lapisan ini memancarkan cahaya yang cerah.Menengah Rendah

Kembali ke atas