Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.cing] | داچيڠ

Definisi : sj alat penimbang (yg terdiri drpd batang yg berskala atau bersenggat, batu penimbang serta tempat meletak barang); anak (buah, batu) ~ logam pd dacing sbg pengimbang berat (ketika menimbang); lidah ~ jarum (pd dacing) yg menunjukkan kese­imbang­an timbangan; ~ palingan tangan, lidah palingan hati prb tidak sama antara cakap dgn niat; berdacing 1. sl bertimbang: sudah terkam­pung semuanya lada maka ~lah ke kapal; 2. menggunakan dacing (sbg alat penimbang barang); 3. mempunyai dacing; mendacing menimbang dgn dacing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.cing] | داچيڠ

Definisi : alat utk menimbang yg mempunyai batang berskala, batu penimbang serta tempat meletakkan barang; neraca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dacing

Puisi
 

Dagangan datang dari Melaka,
     Timbang mari dacing tembaga;
Cakap sombong saya tak suka,
     Lantai nibung makan kepala.


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
dacing tuillever balanceLihat neraca tuas.Sekolah Rendah
neraca tuaslever balanceAlat yang digunakan untuk mengukur jisim objek yang akan diangkat menggunakan tuas. Alat ini dikenali juga sebagai dacing tuil. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas