Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.la.man] | دالمن

Definisi : 1. isi perut; 2. yg tersembunyi dan tidak mudah difahami (bkn makna ayat, kata-kata, dsb): kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yg diucapkannya itu; 3. (yg) berkaitan dgn atau perlu diuruskan dsb oleh sesuatu organisasi itu sendiri; struktur ~ (Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg di­andaikan terdapat dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.la.man] | دالمن

Definisi : 1 isi perut (spt hempedal, hati, paru-paru). 2 berkaitan dgn sesuatu pihak, organisasi itu sendiri: urusan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalaman


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
persekitaran dalamaninternal environmentBendalir yang mengelilingi sel-sel hidup dalam organisma multisel, yang terdiri daripada bendalir luar sel plasma darah dan bendalir limfa.Menengah Atas
homeostasishomeostasisPengawalaturan persekitaran dalaman dari segi faktor kimia dan fizikal supaya sel berfungsi dalam keadaan optimum.Menengah Atas
rangka dalamendoskeletonStruktur keras dalaman yang berada dalam haiwan vertebrat dan manusia yang terdiri dari tulang dan rawan. Rangka dalam berfungsi melindungi organ dan fungsi otot. Lihat RajahMenengah Rendah
mekanisme kawal aturregulatory mechanismSistem kawalan persekitaran dalaman untuk mengekalkan kestabilan sesuatu bahan, dan diselenggara dalam keadaan yang terbatas walaupun keadaan persekitaran luaran berubah.Menengah Atas
koordinasi badanbody coordinationPenyelarasan organ dan sistem dalaman badan untuk menghasilkan gerak balas terhadap rangsangan tertentu.Menengah Atas
kelikatanviscosityKerintangan bendalir yang mengalir disebabkan geseran dalaman antara lapisan-lapisan bendalir yang bergerak.Menengah Atas
anatomianatomyCabang bidang biologi yang mengkaji struktur dalaman tumbuhan dan haiwan.Menengah Atas
organ deriasense organsOrgan yang berfungsi menerima rangsangan dalaman dan luaran, iaitu mata sebagai deria penglihatan, telinga sebagai deria pendengaran, hidung sebagai deria bau, kulit sebagai deria sentuh dan lidah sebagai deria rasa.Sekolah Rendah
rangkaskeletonStruktur yang menyokong badan dan melindungi organ-organ dalaman. Rangka menentukan bentuk badan, memberikan perlindungan kepada tisu lembut dan juga menyediakan permukaan untuk pelekatan otot.Menengah Rendah
gambar sinar-XX-ray photographGambar yang menunjukkan imej dalaman sesuatu objek, biasanya bahagian tubuh, yang terhasil apabila sinar-X menembusi bahagian berkenaan. Lihat RajahSekolah Rendah
12

Kembali ke atas