silika | silica | Sebatian berhablur berwarna putih atau jernih, berbentuk kristal, larut dalam alkali lebur dan asid hidrofluorik, dan mempunyai takat lebur 1710°C. Sebatian ini terdiri daripada unsur silikon dan oksigen. Contohnya, pasir dan kuarza. Silika dikenali juga sebagai silikon dioksida. Formula SiO2. | Menengah Rendah |
neutral | neutral | Sifat bahan yang bukan asid dan bukan alkali dan tidak menukarkan warna kertas litmus merah dan biru. Contohnya, air, larutan gula dan minyak. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
jantung | heart | Organ berotot yang berfungsi mengepam darah ke seluruh bahagian badan. Jantung terbahagi kepada empat ruang yang dikenali sebagai atrium kiri dan kanan, dan ventrikel kiri dan kanan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
asid hidroklorik | hydrochloric acid | Asid yang tidak berwarna, mengakis, larut dalam air, alkohol dan benzena, dan merupakan asid yang kuat. Asid hidroklorik digunakan dalam penurunan bijih, pemprosesan makanan dan sebagai bahan uji makmal. Formula HCl. | Menengah Rendah |
tenggiling | pangolin | Sejenis haiwan yang bersisik pada badan dan bermuncung tirus dan panjang. Tenggiling memakan semut dan anai-anai. Badan tenggiling akan bergulung apabila terancam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hidrogen peroksida | hydrogen peroxide | Cecair likat yang tidak berwarna, takat beku - 0.4°C, takat didih 150.2°C, dan larut dalam air dan alkohol. Hidrogen peroksida sangat reaktif dan dapat bertindak sebagai agen pengoksidaan. Sebatian ini biasanya digunakan sebagai bahan antiseptik dan bahan peluntur. | Menengah Rendah |
loyang | brass | Aloi yang berwarna kekuningan, mengandungi 60 — 70% kuprum dan 30 — 40% zink, dan digunakan untuk membuat barang perhiasan, acuan dan alat-alat pancaragam. | Menengah Rendah |
aluminium | aluminium | Unsur logam yang ringan, boleh dibentuk dan merupakan konduktor elektrik dan haba yang baik. Aluminium diekstrak daripada bauksit secara elektrolisis. Aluminium digunakan dalam industri perumahan dan untuk membuat bahagian tertentu kenderaan. | Menengah Rendah |
plasenta | placenta | Organ endokrin sementara yang menghubungkan ibu dengan janin, dan menghasilkan hormon progesteron dan estrogen. Plasenta berfungsi untuk memindahkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan hasil buangan janin ke dalam edaran darah ibu. | Menengah Atas |
penyalaian | smoking | Proses mengawet bahan makanan menggunakan asap. Asap boleh membunuh bakteria dan mikroorganisma, mengeringkan dan juga memberikan rasa kepada makanan. Contohnya, ikan salai dan pisang salai. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |