Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daya;

Puisi
 

Apa daya bajuku ini,
     Begini lemah lagi berlari;
Apa daya hatiku ini,
     Makin dihibur makin berahi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Hendak seribu daya,
     tak hendak seribu upaya.

Bermaksud :

Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
daya tak seimbangunbalanced forceDaya-daya yang bertindak ke atas objek atau sistem, dan menghasilkan satu daya paduan. Objek atau sistem tersebut memecut ke arah daya paduan yang terhasil.Menengah Atas
daya seimbangbalanced forceDaya-daya yang bertindak ke atas objek atau sistem yang menghasilkan daya paduan sifar.Menengah Atas
daya lekatanadhesion forceDaya tarikan antara dua molekul yang berbeza. Contohnya, daya antara molekul air dengan dinding kapilari xilem.Menengah Atas
daya geseranfrictional forceDaya yang bertindak di antara dua permukaan yang bersentuhan. Daya ini bertindak dalam arah yang bertentangan.Menengah Rendah
daya paduanresultant forceDaya tunggal yang dihasilkan oleh hasil tambah secara vektor dua atau lebih daya yang bertindak ke atas sesuatu objek.Menengah Atas
daya impulsimpulsive forceDaya yang terhasil apabila berlakunya perubahan momentum, yang berlaku pada masa yang singkat. Contohnya, daya dalam pelanggaran di antara dua jasad.Menengah Atas
momen dayamoment of a forceUkuran kecenderungan daya untuk memutarkan jasad yang dikenakan daya itu.Menengah Rendah
daya intramolekulintramolecular forceDaya ikatan kimia yang hadir di antara atom molekul, termasuk ikatan kovalen dan ikatan ionik. Daya ini mempengaruhi sifat-sifat kimia dan sifat-sifat fizikal.Menengah Atas
tindakan kapilaricapillary actionPergerakan bendalir melalui satu tiub halus akibat daya lekitan dan daya lekatan.Menengah Atas
cecairliquidKeadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun longgar, jarak antara zarah lebih besar berbanding pepejal, daya tarikan dan daya tolakan antara zarah yang lemah, sukar dimampatkan dan boleh mengalir tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap.Menengah Rendah
12345678

Kembali ke atas