pengapungan | float | Proses untuk mengapungkan objek dalam sesuatu cecair. Sesuatu objek akan terapung di atas cecair apabila ketumpatannya kurang daripada ketumpatan cecair itu. Contohnya, minyak berada di atas air kerana ia kurang tumpat berbanding air. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
hoverkraf | hovercraft | Kenderaan yang boleh meluncur di atas permukaan air dan darat. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kromosfera | chromosphere | Lapisan atmosfera matahari yang berada di atas lapisan fotosfera. Lapisan ini mempunyai ketebalan beribu-ribu kilometer dan berwarna jahang (merah tua). Lihat Rajah | Menengah Rendah |
hoverkraf | hovercraft | Sejenis kenderaan yang boleh meluncur di atas permukaan air atau darat. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
batang rayap | runner | Batang yang tumbuh secara mendatar di atas tanah dan seterusnya membentuk tumbuhan yang baharu. Batang ini akan mati dan terpisah dari tumbuhan induknya setelah tumbuhan baharu itu berkembang. Contohnya, batang pada pokok ubi keledek. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
akar banir | buttress root | Akar sokong yang tebal, tumbuh keluar di atas permukaan tanah daripada pangkal pokok. Akar ini berfungsi sebagai penyokong tambahan kepada pokok tersebut. Contohnya, akar pokok langsat. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
batang rayap | runner | Batang yang bertunas dan membesar secara mendatar di atas tanah atau air. Contohnya, batang pokok labu dan kiambang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tuas | lever | Alat yang diperbuat daripada papan atau bar dan diletakkan di atas fulkrum. Tuas digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek. | Sekolah Rendah |
retina | retina | Lapisan mata paling dalam yang peka kepada cahaya. Imej terbentuk di atas retina. | Menengah Rendah |
imej nyata | real image | Imej yang boleh terbentuk di atas skrin. | Menengah Atas |