Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pengapunganfloatProses untuk mengapungkan objek dalam sesuatu cecair. Sesuatu objek akan terapung di atas cecair apabila ketumpatannya kurang daripada ketumpatan cecair itu. Contohnya, minyak berada di atas air kerana ia kurang tumpat berbanding air. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
hoverkrafhovercraftKenderaan yang boleh meluncur di atas permukaan air dan darat. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
hoverkrafhovercraftSejenis kenderaan yang boleh meluncur di atas permukaan air atau darat. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
kromosferachromosphereLapisan atmosfera matahari yang berada di atas lapisan fotosfera. Lapisan ini mempunyai ketebalan beribu-ribu kilometer dan berwarna jahang (merah tua). 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
batang rayaprunnerBatang yang tumbuh secara mendatar di atas tanah dan seterusnya membentuk tumbuhan yang baharu. Batang ini akan mati dan terpisah dari tumbuhan induknya setelah tumbuhan baharu itu berkembang. Contohnya, batang pada pokok ubi keledek. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
batang rayaprunnerBatang yang bertunas dan membesar secara mendatar di atas tanah atau air. Contohnya, batang pokok labu dan kiambang. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
akar banirbuttress rootAkar sokong yang tebal, tumbuh keluar di atas permukaan tanah daripada pangkal pokok. Akar ini berfungsi sebagai penyokong tambahan kepada pokok tersebut. Contohnya, akar pokok langsat. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
periskopperiscopeAlat optik yang terdiri daripada satu tiub yang panjang dengan dua cermin satah yang selari di antara satu sama lain dan bersudut 45° dengan arah penglihatan. Alat ini digunakan di dalam kapal selam untuk melihat objek di atas permukaan air laut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
abdomenabdomen1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
salur alimentarialimentary canalSalur yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Salur ini berfungsi untuk menerima dan mencernakan makanan, menyerap nutrien, dan membuang kumuhan. Salur ini terdiri daripada rongga mulut, esofagus, perut dan usus. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
1234

Kembali ke atas