termometer klinik | clinical thermometer | Termometer yang digunakan khusus untuk mengukur suhu badan manusia. Bahagian hujung termometer akan diletakkan di bahagian bawah lidah, di bawah ketiak atau di hujung dubur. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
batang bawah tanah | underground stem | Batang yang tumbuh di bawah permukaan tanah. Contohnya, ubi kentang. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pelvis | pelvis | 1. Bahagian paling bawah abdomen vertebrat di kawasan lengkungan pelvis. Pelvis juga merupakan rongga bertulang yang terletak di bahagian bawah tulang belakang dan tulang paha bersambung dengannya.2. Bahagian ureter yang melebar, iaitu bahagian tempat pertemuan ureter dengan ginjal. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
stalaktit | stalactite | Batu kapur yang meruncing ke bawah di dalam gua. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
hipotalamus | hypothalamus | Bahagian posterior otak depan yang terletak di bawah bahagian talamus. Ia mengawal atur keseimbangan dinamik persekitaran dalam. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
rizom | rhizome | Batang yang tumbuh secara mendatar di bawah tanah yang menjadi organ penyimpanan makanan. Rizom membesar dan akan membentuk tumbuhan baharu secara pembiakan vegetatif (pembiakan tampang). Contohnya, kunyit dan halia. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
pankreas | pancreas | Kelenjar yang terletak di antara limpa dengan duodenum di bawah perut. Kelenjar ini merembeskan enzim pencernaan seperti amilase, lipase dan tripsin, serta hormon seperti insulin dan glukagon. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
arang batu | coal | Bahan api yang terbentuk secara semula jadi daripada proses pereputan tumbuhan dan berlaku di bawah pengaruh suhu dalam tempoh masa yang lama. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
spora | spore | Biji-biji kecil yang merupakan sel bagi tumbuh-tumbuhan tidak berbunga seperti paku pakis. Spora terletak di bawah daun. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kelenjar pituitari | pituitary gland | Kelenjar endokrin yang terletak di bahagian bawah hipotalamus yang dikenali sebagai kelenjar utama. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |