takat didih | boiling point | Suhu ketika sesuatu cecair mula mendidih. Contohnya, takat didih air ialah 100°C. | Sekolah Rendah |
takat didih | boiling point | Suhu ketika tekanan wap cecair menyamai tekanan atmosfera dan berlakunya perubahan jirim daripada cecair menjadi gas. Pendidihan berlaku pada keseluruhan cecair. Takat didih air adalah pada suhu 100°C. | Menengah Rendah |
tabung didih | boiling tube | Alat yang digunakan untuk eksperimen yang memerlukan pemanasan. | Menengah Rendah |
penyulingan | distillation | Proses untuk mengasingkan campuran cecair yang mempunyai takat didih yang berbeza. | Menengah Rendah |
gliserol | glycerol | Cecair likat, jernih, takat beku 18°C, takat didih 290°C, larut dalam air dan alkohol tetapi tidak larut dalam eter, benzena dan kloroform. Gliserol digunakan untuk membuat plastik. | Menengah Rendah |
etanol | ethanol | Sejenis alkohol yang berbentuk cecair, tidak berwarna, takat didih 78°C, takat beku -117°C dan larut campur dalam air, kloroform, aseton dan eter. Etanol digunakan sebagai pelarut organik dan untuk membuat bahan organik lain seperti etena. | Menengah Rendah |
sifat fizikal | physical property | Ciri sesuatu bahan seperti warna, takat lebur, takat didih dan ketumpatan yang boleh ditentukan tanpa mengubah komposisi kimianya. | Menengah Atas |
pendidihan | boiling | Proses perubahan jirim daripada cecair kepada gas yang berlaku pada takat didih cecair itu. | Menengah Rendah |
skala Celsius | Celsius scale | Skala suhu berdasarkan takat beku air, 0°C dan takat didih air, 100°C. | Menengah Rendah |
penyejatan | evaporation | Proses yang berlaku apabila cecair bertukar menjadi wap pada suhu di bawah takat didih, hanya melibatkan permukaan cecair dan boleh berlaku sepanjang masa. | Menengah Rendah |