kerosakan makanan | food spoilage | Proses pereputan bahan makanan apabila diuraikan kepada bentuk yang lebih ringkas, mengakibatkan bahan makanan berubah warna, bau dan rasa. Kerosakan makanan disebabkan oleh tindakan bakteria dan kulat. | Menengah Rendah |
unsur | element | Bahan yang terdiri daripada satu jenis atom sahaja dan tidak boleh diuraikan kepada bahan yang lebih kecil dan ringkas. | Menengah Rendah |
penapaian | fermentation | Proses penguraian bahan organik oleh mikroorganisma secara anaerob. Karbohidrat atau gula diuraikan menjadi tenaga, alkohol dan karbon dioksida. | Menengah Rendah |