duodenum | duodenum | Bahagian pertama usus kecil yang terletak di antara perut dengan jejunum, berbentuk ladam dan terlibat secara aktif dalam pencernaan makanan. | Menengah Rendah |
duodenum | duodenum | Bahagian pertama usus kecil vertebrata, salah satu tempat pencernaan makanan yang menerima cairan dari pundi hempedu serta pankreas. | Menengah Atas |
usus kecil | small intestine | Bahagian salur pencernaan yang terletak di antara perut dengan kolon. Bahagian ini terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum. Jejunum ialah bahagian usus kecil yang terletak di antara duodenum dengan ileum, manakala ileum ialah bahagian bawah usus kecil. Salur ini juga ialah tempat penyerapan makanan tercerna. | Menengah Rendah |
pankreas | pancreas | Kelenjar yang terletak di antara limpa dengan duodenum di bawah perut. Kelenjar ini merembeskan enzim pencernaan seperti amilase, lipase dan tripsin, serta hormon seperti insulin dan glukagon. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
jejunum | jejunum | Bahagian usus kecil mamalia yang terletak di antara duodenum dengan ileum. Penyerapan hasil pencernaan banyak berlaku di bahagian ini. | Menengah Atas |
hempedu | bile | Cairan alkali yang dirembeskan oleh hati disimpan dalam pundi hempedu dan dihantar ke duodenum untuk membantu proses pengemulsian, penghadaman dan penyerapan lemak. | Menengah Atas |