Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian tajam yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau binatang: ~ rotan; ~ landak; ~ ikan tulang ikan; 2. ki kesusahan atau kesukaran yg dihadapi; ~ di hutan siapa pertajam prb kekuasaan Tuhan itu tidak ada batasnya; adakah ~ dipertajam prb perselisihan tidak perlu diruncingkan lagi; bagai ~ dlm daging prb hal yg selalu menyusahkan orang; air diĀ­minum rasa ~, nasi dimakan rasa sekam prb terlalu bersedih hati; berduri mempunyai duri: kawat ~ kawat berpintal yg diberi berduri drpd kawat yg tajam-tajam; berduri-duri 1. berduri banyak; 2. ki banyak rintangan (kesulitan dll); menduri 1. spt duri: tajamnya ~ landak; 2. ki menyakiti (menyusahi dll) hati: ~ hatiku melihat perangainya yg tidak senonoh; kata-kata yg ~ kata-kata yg menyakiti hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duri I

Puisi
 

Banyak duri perkara duri,
     Tidak sama duri mengkuang;
Banyak budi perkara budi,
     Tidak sama budimu seorang.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Alu pencungkil duri.

Bermaksud :

Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
durithornBahagian runcing dan tajam yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan. Contohnya, duri pokok bunga kaktus. Lihat RajahSekolah Rendah
sistem sokongansupport systemSesuatu ciri yang dapat membantu haiwan atau tumbuhan untuk terus hidup. Contohnya, cangkerang, rangka luar dan dalam pada haiwan, duri serta sulur paut pada tumbuhan.Menengah Atas

Kembali ke atas