Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ém.brio] | ايمبريو

Definisi : (émbrio) (Bio) 1. kandungan ibu dr satu minggu selepas konsepsi sehingga minggu kelapan, mudghah, janin; 2. janin haiwan pd peringkat awal pembesaran sebelum lahir: pemindahan ~ drpd seekor haiwan ternakan kpd haiwan yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ém.brio] | ايمبريو

Definisi : /émbrio/ ist 1 kandungan ibu dr peringkat permulaan hingga ke bulan ketiga. 2 baka binatang pd peringkat awal pertumbuhannya sebelum dilahirkan (menetas). 3 benih bijirin (tumbuh-tumbuhan) pd peringkat awal pertumbuhannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata embrio


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
embrioembryoOrganisma yang terbentuk pada peringkat awal perkembangan ovum yang tersenyawa. Pada manusia, embrio berada dalam uterus ibu dari peringkat permulaan hingga minggu kelapan.Menengah Rendah
fetusfoetusEmbrio mamalia selepas terbentuknya ciri-ciri utama yang terdapat pada mamalia dewasa. Fetus manusia ialah embrio yang berusia lapan minggu ke atas.Menengah Rendah
amnionamnionMembran nipis yang menyelaputi embrio reptilia, burung dan mamalia. Amnion mengandungi cecair yang menyokong dan melindungi embrio atau fetus.Menengah Rendah
yolkayolkMakanan yang tersimpan di dalam telur untuk kegunaan embrio. Bagi telur yang tersenyawa, embrio terletak di permukaan yolka. Yolka dikenali juga sebagai kuning telur. Lihat RajahMenengah Rendah
uterusuterusTempat embrio atau fetus berkembang dalam organ pembiakan wanita.Menengah Rendah
uterusuterusTempat embrio atau fetus berkembang.Menengah Atas
penempelanimplantationPelekatan embrio endometrium uterus.Menengah Atas
kotiledoncotyledonBahagian embrio tumbuhan berbiji yang membekalkan makanan bagi percambahan anak benih.Menengah Atas
percambahangerminationPerkembangan awal embrio biji benih menjadi anak benih, atau spora menjadi tumbuhan yang muda, dalam sekitaran yang sesuai, iaitu dengan adanya air, oksigen, dan suhu yang sesuai. Lihat RajahMenengah Atas
percambahangerminationProses perkembangan awal embrio biji benih menjadi tumbuhan dengan adanya air, oksigen dan suhu yang sesuai.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas