hormon antidiuresis | antidiuretic hormone | Hormon yang dirembeskan oleh lobus posterior pituitari. Ia mempunyai kesan khusus terhadap sel epitelium tubul distal ginjal, iaitu merangsang sel epitelium untuk menyerap semula air dari lumen tubul tersebut. | Menengah Atas |
sel goblet | goblet cell | Sel epitelium yang mensintesis dan merembeskan mukus. Sel ini terdapat dengan banyak pada vertebrata, terutamanya pada saluran usus dan saluran pernafasan mamalia, dan pada epidermis ikan. | Menengah Atas |
permukaan respirasi | respiratory surface | Permukaan epitelium yang nipis dan lembab yang membolehkan pertukaran gas berlaku. | Menengah Atas |
mikrovilus | microvillus | Unjuran daripada sel epitelium pada vilus. | Menengah Atas |