struktur beranalog | analogous structure | Struktur yang merujuk kepada persamaan dari aspek fungsi dan rupa bentuk, bukan dari sumber asalnya. Contohnya, persamaan struktur dan fungsi kepak serangga dengan kepak burung. Kedua-duanya mempunyai struktur dan fungsi yang sama tetapi berasal dari dua kumpulan haiwan yang berbeza. | Menengah Atas |
nic ekologi | ecological niche | Fungsi dan peranan organisma dalam sebuah komuniti atau sistem ekologi, bergantung pada penyesuaian struktur, gerak balas fisiologi dan perlakuan organisma tersebut. | Menengah Atas |
biologi molekul | molecular biology | Kajian struktur dan fungsi molekul organisma hidup khususnya protein dan asid nukleik. | Menengah Atas |
pengawalaturan | regulation | Proses automatik bagi mengekalkan keseimbangan dan fungsi optimum sesuatu bahan. | Menengah Atas |
hormon | hormone | Bahan kimia yang merangsang atau merencat fungsi organ atau kelenjar lain. Pada haiwan, hormon dirembeskan oleh kelenjar tanpa duktus dalam sistem endokrin dan diedarkan ke bahagian badan melalui sistem darah. | Menengah Atas |
organ | organ | Bahagian atau struktur sesuatu benda hidup untuk melakukan sesuatu fungsi khusus. Contohnya, ginjal dan peparu. | Sekolah Rendah |
biokimia | biochemistry | Kajian tentang kimia organisma hidup untuk mengetahui struktur dan fungsi bahan kimia yang membentuk organisma tersebut. Kajian ini merangkumi perubahan-perubahan kimia yang berlaku semasa pertumbuhan, pembiakan, pemakanan, dan proses kehidupan yang lain. | Menengah Atas |
usus besar | large intestine | Bahagian salur pencernaan di antara sekum dengan rektum. Fungsi utamanya ialah menyerap air dari hampas makanan dan membentuk tinja. | Menengah Rendah |
otot | muscle | Organ atau tisu berserabut yang selnya dapat mengecut, dan mempunyai fungsi pergerakan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tisu | tissue | Sekumpulan sel yang terbina daripada sel-sel yang sama bentuk dan fungsi. | Menengah Rendah |