Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.dar] | ݢندر

Definisi : 1. kayu utk memikul barang di atas bahu, galas, kandar, pengandar; 2. tangkai (pd timba telaga, pd tenggala); 3. batang dacing; 4. = ~ roda batang besi (kayu dsb) tempat roda berpusing, pasak (poros) roda, aci; ~ cincin pencengkam batu pd cincin; menggandar memikul, mengandar, menggalas; gandaran barang (beban) yg dipikul, pikulan, kandaran: maka Laksamana pun meletakkan ~nya, lalu naiklah ia ke rumah saudagar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.dar] | ݢندر

Definisi : Jk; menggandar mengenderai (kereta, basikal, dll); gandaran kenderaan, kenaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.dar] | ݢندر

Definisi : 1 kayu dll yg digunakan utk memikul barang; galas; kandar. 2 bahagian lengan atau tangan dacing. 3 tempat memegang sesuatu alat spt cangkul, timba, yg biasanya dibuat drpd kayu. 4 = ~ roda batang besi dll yg menghubungkan sepasang roda dan dipasang di tengah-tengah roda tsb. menggandar memikul dgn menggunakan gandar. gandaran apa-apa yg digandar: Maka Laksamana pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah saudagar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gandar


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
roda dan gandarwheel and axleMesin ringkas yang mempunyai roda yang dipasang pada gandar. Lihat RajahSekolah Rendah
sawat penyampaiconveyor beltTali atau rantai di antara gandar roda yang berpusing atau di antara takal. Tali ini berfungsi untuk menjalankan enjin atau menggerakkan sesuatu objek. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas