Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ja.la] | ݢجالا

Definisi : 1. tanda-tanda (akan terjadinya se­suatu), alamat, petanda: ~-~ keburukan akhlak kanak-kanak sudah mulai nampak; 2. (Ubat) perubahan dlm fungsi badan seseorang yg menunjukkan tanda-tanda adanya sesuatu penyakit yg berkaitan: ~-~ demam denggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ja.la] | ݢجالا

Definisi : 1 sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu; tanda akan berlakunya sesuatu: Sekarang ini terdapat ~-~ yg menunjukkan perpecahan dlm pimpinan parti. 2 keadaan yg menjadi tanda(-tanda) penyakit: ~-~ demam campak ialah panas badan dan tumbuh bintil-bintil merah pd kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gejala


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sindrom prahaid (PMS)premenstrual syndromeTanda-tanda atau gejala fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh wanita sebelum bermulanya haid.Menengah Atas
kwasyiorkorkwashiorkorPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam makanan. Antara gejala penyakit ini ialah abdomen membengkak, pertumbuhan yang terbantut dan kecacatan perkembangan otak. Lihat RajahMenengah Rendah
kwasyiorkorkwashiorkorPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam diet, untuk tempoh yang panjang lazimnya berlaku pada kanak-kanak yang berusia antara satu hingga tiga tahun. Antara gejala penyakit ini ialah kehilangan selera makan, kekurangan berat badan, dan pertumbuhan yang terbantut.Menengah Atas

Kembali ke atas