gelombang melintang | transverse wave | Gelombang yang getarannya secara serenjang dengan arah perambatan gelombang. Contohnya, gelombang air dan gelombang cahaya. Lihat Rajah | Menengah Atas |
gelombang membujur | longitudinal wave | Gelombang yang dihasilkan oleh getaran secara selari dengan arah perambatan gelombang. Contohnya, gelombang bunyi. Lihat Rajah | Menengah Atas |
perambatan | propagation | Pergerakan tenaga gelombang yang berlaku pada gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yang berserenjang dengan muka gelombang. | Menengah Atas |
interferens membina | constructive interference | Fenomena yang berlaku apabila dua puncak gelombang atau dua lembangan gelombang koheren bertindih secara serentak, menghasilkan amplitud bersamaan gabungan vektor kedua-dua amplitud gelombang asal. | Menengah Atas |
gelombang radio | radio wave | Gelombang elektromagnet yang mempunyai julat panjang gelombang 10-1 m hingga 106 m. | Menengah Atas |
gelombang mikro | microwave | Gelombang elektromagnet yang dihasilkan oleh pelbagai peranti elektromagnet. Panjang gelombang mikro ialah antara 10-3 m ke 0.03 m. | Menengah Atas |
antinod | antinode | Titik sesaran maksimum pertindihan dua gelombang koheren yang membentuk gelombang pegun. Lihat Rajah | Menengah Atas |
gelombang | wave | Fenomena fizik yang dihasilkan oleh getaran dan ia memindahkan tenaga tanpa membawa zarah medium semasa perambatan. | Menengah Atas |
gelombang satah | plane wave | Gelombang yang semua kedudukan perbatasan gelombangnya membentuk satah selari yang normal ke arah perambatan. | Menengah Atas |
bentuk gelombang | waveform | Corak gelombang yang merambat dalam medium fizikal. | Menengah Atas |