Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ma] | ݢما

Definisi : 1. bunyi yg berbalik, gaung, kumandang: kelawar tidak boleh melihat dlm gelap, tetapi ia membuat suara-suara, dan ~ suara-suara inilah yg menyebabkan ia tidak terlanggar pd apa-apa; 2. ki kejadian sbg akibat suatu kejadian lain: ~ drpd ceramah Profesor Teeuw tempoh hari masih belum habis lagi; bergema, menggema bergaung, berkumandang, bertalun: suara radio ~ di dlm ruangan itu; menggemai membuat gema pd: suara azan ~ seluruh daerah itu; menggemakan menjadikan bergema. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ma] | ݢما

Definisi : bunyi yg berbalik; gaung. bergema berbunyi berulang-ulang atau bertalu-talu; berkumandang; bergaung: Pd saat itu juga, suara Bilal ~ di udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gema


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
gemaechoKesan bunyi yang terhasil apabila gelombang bunyi dipantulkan daripada permukaan yang pejal seperti dinding batu.Menengah Atas
gemaechoGelombang bunyi yang terpantul dan kembali semula ke sumber penghantarannya selepas tempoh tertentu. Gema biasanya mempunyai magnitud yang cukup besar apabila terkena permukaan yang keras.Menengah Rendah

Kembali ke atas