geseran | friction | Tindakan yang berlaku apabila dua permukaan bergeselan. | Sekolah Rendah |
daya geseran | frictional force | Daya yang bertindak di antara dua permukaan yang bersentuhan. Daya ini bertindak dalam arah yang bertentangan. | Menengah Rendah |
daya geseran | frictional force | Daya yang menentang arah gerakan sesuatu objek, memberhentikan atau memperlahankan objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pelincir | lubricant | Cecair yang boleh mengurangkan geseran antara dua permukaan. Contohnya, minyak dan gris. | Sekolah Rendah |
kelikatan | viscosity | Kerintangan bendalir yang mengalir disebabkan geseran dalaman antara lapisan-lapisan bendalir yang bergerak. | Menengah Atas |
tenaga elektrik | electrical energy | Tenaga yang dihasilkan daripada geseran atau tindakan kimia. | Sekolah Rendah |
gris | grease | Bahan berminyak dan pekat, yang digunakan untuk mengurangkan geseran, dan memudahkan pergerakan objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
cas elektrik statik | static electrical charge | Cas elektrik yang dihasilkan melalui geseran dan bersifat sementara. | Menengah Rendah |
tenaga haba | heat energy | Tenaga yang diperoleh daripada pembakaran bahan api fosil, geseran serta bahan atau objek yang panas. Tenaga haba dikenali juga sebagai tenaga terma. | Menengah Rendah |
meteor | meteor | Jasad dari angkasa lepas yang masuk ke ruang atmosfera bumi. Akibat geseran dengan zarah udara, meteor menjadi sangat panas, lalu terbakar dan menghasilkan cahaya. Meteor dikenali juga sebagai tahi bintang. | Menengah Rendah |