[hé.mis.fé.ra] | هيميسفيرا
Definisi : (hémisféra) (Geog) sebelah bahagian bumi (iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan dibahagikan oleh garisan khatulistiwa manakala hemisfera timur dan barat pula dibahagikan oleh garisan meridian); ~ selatan separuh bahagian bumi yg terletak di selatan khatulistiwa; ~ utara separuh bahagian bumi yg terletak di sebelah utara khatulistiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[hé.mis.fé.ra] | هيميسفيرا
Definisi : /hémisféra/ belahan bumi di sebelah utara atau selatan garis khatulistiwa. ~ selatan separuh bahagian bumi yg terletak di selatan khatulistiwa. ~ utara separuh bahagian bumi yg terletak di utara khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)