herbivor | herbivore | Haiwan yang memakan tumbuhan sahaja. Contohnya, rusa. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
herbivor | herbivore | Haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan sahaja. Herbivor mempunyai gigi yang disesuaikan untuk mengisar tumbuh-tumbuhan. Sistem pencernaannya berupaya untuk mencerna bahan selulosa. Contohnya, rusa dan lembu. | Menengah Rendah |
koala | koala | Sejenis haiwan dalam kumpulan herbivor yang menyerupai beruang tetapi saiznya lebih kecil, dan terdapat di benua Australia. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pengguna primer | primary consumer | Organisma yang terdiri daripada haiwan herbivor yang memakan tumbuh-tumbuhan (pengeluar). Contohnya, lembu, kambing dan kuda. | Menengah Rendah |
pengguna | consumer | Organisma yang memperoleh makanannya dengan memakan organisma lain. Pengguna terdiri daripada karnivor, herbivor, omnivor, parasit dan pembangkai. | Menengah Rendah |
apendiks | appendix | Unjuran yang terdapat pada sekum dan terletak di sebelah kanan abdomen. Pada herbivor seperti arnab, apendiks merupakan tempat tinggal mikroorganisma yang menghasilkan enzim selulase yang dapat mencerna selulosa. | Menengah Atas |
pengguna | consumer | Organisma yang tidak boleh menghasilkan makanannya sendiri. Organisma ini terdiri daripada kumpulan haiwan karnivor, herbivor, omnivor, parasit, atau pengurai. | Sekolah Rendah |