hidrokarbon | hydrocarbon | Sebatian organik yang hanya terdiri daripada unsur-unsur karbon dan hidrogen sahaja. Hidrokarbon terbahagi kepada hidrokarbon tepu dan hidrokarbon tak tepu. Contohnya, alkana dan alkena. | Menengah Atas |
hidrokarbon | hydrocarbon | Sebatian organik yang mengandungi unsur-unsur karbon dan hidrogen. Contohnya, petroleum, gas asli dan bahan berlilin seperti naftalena dan nafta. | Menengah Rendah |
peretakan | cracking | Proses penguraian minyak mentah dengan memecahkan molekul hidrokarbon yang besar kepada molekul hidrokarbon yang lebih kecil. | Menengah Atas |
pelarut organik | organic solvent | Pelarut yang terdiri daripada cecair hidrokarbon yang digunakan untuk melarutkan bahan seperti cat, minyak, gris dan bahan hidrokarbon lain. | Menengah Rendah |
propana | propane | Hidrokarbon alkana yang wujud dalam gas asli, tak berwarna pada suhu dan tekanan atmosfera. Formulanya, C3H8 . | Menengah Atas |
kerosin | kerosene | Cecair hidrokarbon yang terhasil daripada proses penyulingan berperingkat minyak mentah pada julat takat didih 150°C - 230°C. Kerosin digunakan sebagai bahan api dan pelarut. | Menengah Rendah |
benzena | benzene | Sebatian hidrokarbon aromatik, berbentuk cecair, tidak berwarna, mudah terbakar, bersifat karsinogen, larut campur di dalam alkohol, karbon tetraklorida, eter, aseton, dan asid asetik, tetapi larut sedikit di dalam air. Formulanya, C6 H6. | Menengah Atas |
alkena | alkene | Kumpulan sebatian hidrokarbon tak tepu yang mengandungi satu atau lebih ikatan ganda dua antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Formulanya, CnH2n . | Menengah Atas |
alkana | alkane | Kumpulan sebatian hidrokarbon tepu yang mengandungi hanya ikatan tunggal antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Alkana tidak larut dalam air, hanya larut dalam kloroform dan benzena, kurang reaktif, tetapi dapat bertindak balas dengan klorin atau bromin dengan kehadiran cahaya. Formulanya, CnH2n+2 . | Menengah Atas |
minyak mentah | crude oil | Campuran kompleks hidrokarbon yang diekstrak daripada bumi dan mengandungi sedikit sebatian sulfur, nitrogen dan oksigen. Minyak mentah wujud dalam bentuk cecair likat berwarna perang gelap yang mudah terbakar. | Menengah Rendah |