hidup | alive | Keadaan benda hidup yang menjalani proses hidup. | Sekolah Rendah |
kemandirian | survival | Perihal keupayaan benda hidup untuk meneruskan hidup dalam pelbagai keadaan. | Sekolah Rendah |
parasit | parasite | Organisma yang hidup di permukaan atau di dalam perumah. Parasit mendapatkan keuntungan daripada perumah tetapi memudaratkan perumah tersebut. Parasit yang hidup di permukaan perumah disebut ektoparasit, manakala yang hidup di dalam perumah disebut endoparasit. | Menengah Rendah |
proses hidup | life process | Proses yang dilakukan oleh benda hidup seperti bernafas, bergerak, membesar, membiak, berkumuh dan bergerak balas terhadap rangsangan. | Sekolah Rendah |
faktor abiotik | abiotic factor | Faktor bukan hidup yang mempengaruhi kehidupan organisma hidup di dalam sesuatu persekitaran. Contohnya, suhu, tanah, atmosfera, dan cahaya matahari. | Menengah Atas |
bersendirian | solitary | Keadaan haiwan yang hidup sendiri sepanjang masa kecuali ketika musim mengawan. Haiwan hidup bersendirian untuk mengelakkan persaingan mendapatkan makanan, pasangan atau kawasan. | Sekolah Rendah |
ekologi | ecology | Cabang biologi yang mengkaji keseluruhan aspek organisma hidup dan hubungannya dengan benda hidup yang lain, serta persekitarannya. | Menengah Atas |
interaksi antara organisma hidup | interaction between living organisms | Perhubungan yang berlaku antara satu organisma dengan organisma lain dalam sesuatu habitat. Interaksi antara organisma hidup adalah penting untuk mengekalkan saiz populasi dalam sesuatu ekosistem dan seterusnya mengekalkan ekosistem yang seimbang. | Menengah Rendah |
wayar hidup | live wire | Wayar yang disambungkan kepada punca kuasa elektrik untuk mengalirkan tenaga elektrik kepada perkakas elektrik seperti televisyen dan radio. Sarung penebat wayar hidup berwarna merah atau coklat. | Menengah Atas |
wayar hidup | live wire | Wayar yang disambungkan kepada punca bekalan kuasa elektrik untuk mengalirkan arus elektrik kepada perkakas elektrik seperti televisyen dan radio. Sarung penebat bagi wayar hidup berwarna coklat. | Menengah Rendah |