klorofil | chlorophyll | Bahan berwarna hijau yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan hijau, terutamanya pada daun. Klorofil menyerap tenaga cahaya untuk digunakan semasa proses fotosintesis. | Menengah Rendah |
kesan rumah hijau | green house effect | Fenomena yang disebabkan oleh peningkatan suhu bumi akibat pemerangkapan haba dan karbon dioksida. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kepekatan karbon dioksida yang tinggi dalam atmosfera. | Menengah Rendah |
kesan rumah hijau | green house effect | Pemanasan yang berlaku terhadap atmosfera bumi secara perlahan-lahan disebabkan oleh bertambahnya gas-gas seperti karbon dioksida di dalam udara. | Sekolah Rendah |
kesan rumah hijau | green house effect | Kesan yang berlaku dalam atmosfera disebabkan kehadiran sesetengah gas seperti karbon dioksida dan oksida nitrogen yang menyerap radiasi inframerah. | Menengah Atas |
klorofil | chlorophyll | Bahan hijau pada daun yang membolehkannya membuat makanan sendiri dengan kehadiran cahaya matahari, air dan karbon dioksida. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hempedu | bile | Bendalir berwarna hijau yang dirembeskan oleh hati, berasa pahit dan disimpan dalam pundi hempedu untuk membantu membaurkan lemak semasa proses pencernaan makanan. | Menengah Rendah |
euglena | euglena | Kumpulan alga hijau yang terdiri daripada satu sel berbentuk gelendong dan mempunyai vakuol yang boleh mengecut. Organisma ini lazimnya terdapat dalam air tawar yang dicemari dengan bahan organik. Nama saintifik Euglena sp. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
klorin | chlorine | Sejenis gas berwarna hijau kekuningan, larut sedikit dalam air, takat beku -101°C dan takat didih -34°C. Klorin digunakan dalam rawatan air, pembuatan racun perosak, plastik, bahan penyejuk dan bahan peluntur. | Menengah Rendah |
angsana | angsana | Pokok tinggi malar hijau yang berdaun lebat dan bunganya berwarna kuning. Angsana banyak tumbuh di negara kita dan kawasan Asia Tenggara. Buahnya kecil, ringan dan bersayap serta disebarkan oleh angin. Kayu angsana digunakan untuk membuat perabot. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pengeluar | producer | Organisma autotrof, biasanya tumbuhan hijau yang menjalankan fotosintesis dalam ekosistem, yang mensintesis bahan organik daripada bahan bukan organik. | Menengah Atas |