hormon seks | sex hormone | Hormon yang mengawal ciri-ciri seksual. Pada manusia, hormon seks lelaki dihasilkan oleh testis, manakala hormon seks wanita dihasilkan oleh ovari. | Menengah Rendah |
hormon adrenokortikotrofik | adrenocorticotrophic hormone | Hormon yang dirembeskan oleh lobus anterior kelenjar pituitari, yang merangsangkan sintesis dan perembesan hormon oleh korteks adrenal. | Menengah Atas |
hormon | hormone | Bahan kimia yang dirembes oleh kelenjar endokrin, mempunyai kesan merangsang atau kesan merencat terhadap fungsi organ dalam tubuh. | Menengah Rendah |
hormon peluteinan | luteinizing hormone | Hormon yang dihasilkan oleh pituitari anterior dan merangsang pengovulan. | Menengah Atas |
hormon antidiuresis | antidiuretic hormone | Hormon yang dirembeskan oleh lobus posterior pituitari. Ia mempunyai kesan khusus terhadap sel epitelium tubul distal ginjal, iaitu merangsang sel epitelium untuk menyerap semula air dari lumen tubul tersebut. | Menengah Atas |
ketakseimbangan hormon | hormonal imbalance | Keadaan apabila terdapat terlalu sedikit atau terlalu banyak hormon tertentu dalam badan seseorang. | Menengah Atas |
hormon | hormone | Bahan kimia yang merangsang atau merencat fungsi organ atau kelenjar lain. Pada haiwan, hormon dirembeskan oleh kelenjar tanpa duktus dalam sistem endokrin dan diedarkan ke bahagian badan melalui sistem darah. | Menengah Atas |
insulin | insulin | Hormon protein yang dirembeskan oleh sel beta kelompok Langerhans pankreas. Hormon ini mengawal kepekatan glukosa darah. Kekurangan insulin akan menyebabkan penyakit kencing manis. | Menengah Atas |
sitokinin | cytokinin | Hormon tumbuhan yang mengawal pembahagian sel dan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan. | Menengah Atas |
prolaktin | prolactin | Hormon yang disintesiskan dan disimpan dalam kelenjar pituitari anterior, yang menggalakkan penghasilan susu selepas proses kelahiran, dan juga merangsang korpus luteum untuk merembeskan progesteron pada ovari. | Menengah Atas |