baji | wedge | Objek yang runcing pada satu hujungnya dan digunakan untuk merenggangkan atau membelah sesuatu. Contohnya, kapak. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bolt | bolt | Batang logam yang mempunyai kepala di hujungnya dan beralur pada hujung yang satu lagi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pipet | pipette | Tiub kaca yang sempit dan kedua-dua hujungnya terbuka untuk memindahkan serta mengukur isi padu cecair. | Menengah Rendah |
satah condong | inclined plane | Permukaan rata yang satu bahagian hujungnya diletakkan pada ketinggian berbeza. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
takal | pulley | Sejenis alat yang berbentuk roda dan mempunyai salur di hujungnya. Takal digunakan untuk mengangkat objek yang berat dengan lebih mudah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bronkiol | bronchiole | Salur yang paling kecil dan berdinding nipis dalam paru-paru, dan di bahagian hujungnya terdapat alveolus. | Menengah Rendah |