Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.puls] | ايمڤولس

Definisi : 1. perasaan ingin melakukan sesuatu secara tiba-tiba (tanpa memikirkan padahnya), dorongan perasaan yg mendadak; 2. (Bio) gelombang elektrik yg bergerak melalui gentian saraf (apabila saraf terangsang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.puls] | ايمڤولس

Definisi : ist utusan atau isyarat berbentuk gelombang elektrik yg bergerak melalui gentian saraf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata impuls


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
impulsimpulse1. Hasil darab daya dan masa atau perubahan momentum. 2. Isyarat yang mengalir di sepanjang neuron dalam bentuk gelombang elektrik.Menengah Atas
daya impulsimpulsive forceDaya yang terhasil apabila berlakunya perubahan momentum, yang berlaku pada masa yang singkat. Contohnya, daya dalam pelanggaran di antara dua jasad.Menengah Atas
arka refleksreflex arcLaluan impuls tindakan refleks.Menengah Atas
sarafnerveSel khusus yang membawa impuls.Menengah Rendah
saraf auditoriauditory nerveSaraf yang membawa impuls dari koklea ke otak. Saraf auditori menghantar maklumat yang berkaitan bunyi dan keseimbangan badan. Lihat RajahMenengah Rendah
neuron motormotor neuroneNeuron yang menghantar impuls saraf dari sistem saraf pusat ke organ efektor seperti otot atau kelenjar.Menengah Atas
neuron deriasensory neuroneNeuron yang membawa impuls dari organ deria ke sistem saraf.Menengah Atas
dendritdendriteStruktur yang terdapat pada neuron yang menerima impuls saraf dan menghantarnya kepada badan sel. Lihat RajahMenengah Atas
aksonaxonUnjuran sitoplasma yang panjang pada neuron yang memindahkan impuls dari badan sel ke neuron yang lain. Lihat RajahMenengah Atas
kokleacochleaLingkaran salur yang berbentuk cangkerang siput yang berisi cecair dalam telinga. Koklea akan menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf dan seterusnya dihantar ke otak.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas