logam alkali | alkaline metal | Unsur logam yang tergolong dalam kumpulan 1 jadual berkala. Kumpulan ini terdiri daripada barilium, magnesium, kalium, natrium, litium, rubidium, sesium, dan fransium. Logam alkali bersifat lembut, berwarna putih-perak, merupakan logam elektropositif, bertindak cergas dengan air dan sangat reaktif. | Menengah Atas |
abdomen | abdomen | 1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
sel pengawal | guard cell | Sel yang mengelilingi stoma pada epidermis tumbuhan. Sel ini mengawal saiz bukaan stoma apabila perubahan kesegahan sel berlaku. Sel ini mengandungi kloroplas. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
mikropil | micropyle | Liang pada bahagian hujung ovul yang membolehkan tiub debunga masuk. Liang ini dapat dilihat pada kulit biji benih yang matang. Liang ini membenarkan udara dan wap air masuk. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
salur alimentari | alimentary canal | Salur yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Salur ini berfungsi untuk menerima dan mencernakan makanan, menyerap nutrien, dan membuang kumuhan. Salur ini terdiri daripada rongga mulut, esofagus, perut dan usus. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
abdomen | abdomen | 1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. | Menengah Rendah |
tisu vaskular | vascular tissue | Tisu ini mengangkut air dan nutrien dalam tumbuhan. Ia tisu yang terdiri daripada xilem dan floem. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
manometer | manometer | Alat yang digunakan untuk menyukat tekanan gas. Alat ini terdiri daripada salur kaca berbentuk U dan berisi sedikit merkuri. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
pengaratan | rusting | Proses kakisan yang berlaku pada logam atau aloi ferum apabila bahan ini terdedah kepada oksigen dan air. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
membran sel | cell membrane | Membran nipis separa tetap yang menyaluti sel. Membran ini berfungsi untuk mengawal keluar masuk bahan dalam sel. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |