invertebrat | invertebrate | Kumpulan haiwan yang tidak bertulang belakang. Contohnya, semut, cacing dan labah-labah. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
cacing | worm | Haiwan invertebrat yang berbadan lembut, panjang dan berbentuk silinder atau pipih, hidup di dalam tanah, sungai atau laut. Contohnya, cacing gelang dan cacing kerawit. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
serangga | insect | Kumpulan haiwan invertebrat yang kecil, mempunyai tiga bahagian badan (kepala, toraks, abdomen) dan tiga pasang kaki. Serangga mempunyai abdomen yang bersegmen. Contohnya, belalang. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
penghibernatan | hibernation | Peringkat kebanyakan mamalia invertebrat dan vertebrat peringkat rendah menyesuaikan diri pada musim sejuk dengan cara merehatkan diri dan tidur untuk merendahkan kadar metabolisme. Contoh haiwan yang mengalami penghibernatan ialah beruang kutub. | Menengah Rendah |
haiwan berdarah sejuk | cold blooded animals | Haiwan yang mempunyai suhu badan yang dapat berubah-ubah mengikut suhu persekitaran. Contohnya, haiwan daripada kumpulan reptilia, ikan dan invertebrat. | Menengah Rendah |