kertas litmus | litmus paper | Kertas yang digunakan untuk menguji sama ada sesuatu larutan itu berasid atau beralkali. Kertas litmus akan bertukar daripada warna biru kepada merah jika larutan itu berasid. Kertas litmus merah akan bertukar kepada biru jika larutan itu beralkali. | Menengah Rendah |
kemagnetan | magnetism | Perihal yang berkaitan dengan medan magnet dan kesan medan itu terhadap bahan-bahan tertentu. | Menengah Rendah |
tisu meristem | meristematic tissue | Tisu tumbuhan yang pesat membahagi, dan dengan itu cepat menghasilkan sel atau tisu baru. Tisu ini terdapat di bahagian pertumbuhan aktif seperti tisu pucuk dan akar. | Menengah Atas |
aerodinamik | aerodynamics | Kajian tentang daya yang bertindak terhadap sesuatu jasad untuk membolehkan jasad itu bergerak dengan cepat melalui bendalir (cecair, udara atau gas). | Menengah Rendah |
bahan tulen | pure substance | Unsur atau sebatian yang terdiri daripada hanya satu komponen itu sahaja dengan sifat fizikal dan kimia yang tertentu. | Menengah Atas |
aerodinamik | aerodynamic | Kajian tentang daya yang bertindak terhadap sesuatu jasad untuk membolehkan jasad itu bergerak dengan cepat melalui udara atau gas. | Menengah Atas |
jangkitan | infection | Serangan terhadap tisu badan oleh organisma penyebab penyakit dan tindak balas tisu itu pada organisma dan toksinnya. | Menengah Rendah |
autolisis | autolysis | Pecahnya sesuatu sel atau sebahagian daripada komponennya melalui tindakan enzim hidrolisis sel itu sendiri. | Menengah Atas |
pendidihan | boiling | Proses perubahan jirim daripada cecair kepada gas yang berlaku pada takat didih cecair itu. | Menengah Rendah |
momen daya | moment of a force | Ukuran kecenderungan daya untuk memutarkan jasad yang dikenakan daya itu. | Menengah Rendah |