Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.na] | جان

Definisi : 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, ter­hasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) men­janakan atau menghasilkan sesuatu: cawang­an perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pem­bersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau hai­wan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk men­janakan (kuasa dll): alat ini mempunyai se­buah ~ haba serta saluran cecair ammonia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.na] | جان

Definisi : ; menjanakan menghasilkan; mengeluarkan: ~ kuasa elektrik. penjana alat utk menjanakan (kuasa). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jana
Kata Terbitan : menjanakan, terjana, penjanaan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penjanageneratorMesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Dalam stesen jana kuasa, penjana biasanya digerakkan oleh turbin stim atau turbin air.Menengah Rendah

Kembali ke atas