jangkitan | infection | Serangan terhadap tisu badan oleh organisma penyebab penyakit dan tindak balas tisu itu pada organisma dan toksinnya. | Menengah Rendah |
jangkitan | infection | Serangan patogen terhadap tisu badan organisma. | Menengah Atas |
tuberkulosis | tuberculosis | Jangkitan akut atau kronik yang disebabkan oleh spesies bakteria Mycobacterium tuberculosis pada paru-paru atau organ lembut pada manusia dan haiwan. Penyakit ini dikenali juga sebagai batuk kering. | Menengah Atas |
kudis buta | scabies | Penyakit jangkitan kulit yang gatal dan mudah berjangkit. | Sekolah Rendah |
influenza | influenza | Penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus pernafasan yang teruk. Antara ciri-ciri influenza ialah demam, menggigil, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan batuk yang teruk. Influenza dikenali juga sebagai flu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kolera | cholera | Penyakit cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria melalui air atau makanan tercemar. Penyakit ini dicirikan oleh muntah-muntah, kekejangan otot dan lesu. | Menengah Rendah |
perlindungan | protection | Proses melindungi haiwan atau tumbuhan daripada kecederaan, jangkitan atau penyakit. | Sekolah Rendah |
apendisitis | appendicitis | Radang atau gangguan pada apendiks yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. | Menengah Atas |
bronkitis | bronchitis | Radang yang terjadi pada salur bronkus. Keadaan ini boleh berlaku akibat tersedut habuk atau wasap yang merengsakan atau akibat jangkitan mikroorganisma. | Menengah Rendah |
antibiotik | antibiotic | Bahan kimia yang dihasilkan oleh kulat dan bakteria, yang dapat memusnahkan atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma lain. Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan penyakit. Contohnya, penisilin, streptomisin dan kloromisin. | Menengah Rendah |